Thursday, April 30, 2009

The So Called Get Away

It was planned almost a month back. Well, initially I just wanted some get away with my girlfriends. But of course I wanted Adam to be with me as well. I guess it was ME who have the separation anxiety issues. Not Adam. Eleee..Lagi pun sebenarnya Tai ngan Jazze tak kisah aku tak pegi pon, asalkan Adam ada kan?? Kann?

SO as a resort, it was planned as a family get away (me, hubs and Adam) with Tai and Jazzebelle. Uh oh, Tai and Jazze is considered family actually. We invited Jazze BF to come along as well. The more the merrier, no?

Both Jazze and her BF coulnd't make it. So tinggal la kami berempat sahaja. Ok la tu kan? I've check the calenders. Check jemputan kawin semua. Nada...memang takde jemputan that date walaupun time tu cuti sekolah.. So we go ahead with it. Cherating, here we come!!

Sexcited nih.

Well, it is not only Cherating that makes me sexcited. But more about meeting friends we haven't meet for quite some time now. Easeart - uolzss tidak tergolong ya.

SO we planned and booked the hotels. I can't wait. Until he said this to me the other day :

"S call tadi. Menjemput katanya.. 31/5 ni... Cuti sekolah kannn?"

"Youuuuuuuuuu!!!"

"Apa?"

"Kan kita nak pergi Cherating time tu??"

"Aiseh, lupa langsung Cherating...Takpe, boleh plan balik Cherating tu"

"I dah book semua laaaaaa"

"Ha?? Alaaa..takpe la..malam kang kat umah kita bincang la macam mana."

Sumpah, hati aku agak pecah jugak la bila dia cakap macam tu sebab aku tau S tu macam kawan baik dia jugak. Kebarangkalian untuk cancel Cherating tu memang tinggi la. Tai siap menitiskan air mata ni bila aku bagitau kat dia eh. Dia memang selalu over drama ..tak payah heran... Penat dah aku fikir macam mana nak buat. Macam tak nampak je jalan penyelesaian ni..

*sigh*

Kakak, macam btol la cakap Ude tu kan?? ...

*sigh*

Ok..dah dah..Mari cakap benda yang hempi hempi sket...Weekend pun dah menjelma kan..Long weekend lagi. Harus gumbira hokays..

Adam dah 9 bulan lebih. In 2 weeks, sudah menjadi 10 bulan. Cepatnya aku rasa. Ada satu malam dia tengah tido and Hubby takde (kalau buat macam ni time Hubby ada nanti kena gelak) Aku tenung je dia and teringat those 9 months he is in me. Ini rupanya budak yang menendang sakan sampai kadang kadang aku sakit pinggang tu. Ini rupanya budak yang aku rasa macam happy gile sampai nak nangis bila aku dengar heartbeatnya. Besonya laaa dah budak nih...Nak picit bulih?? Geget? Bulih??

He is busy exploring nowadays. Nampak cupboard semua nak tarik. Pantang nampak AAAAbu bukak almari, cepat je sampainya ke pintu almari ittuew. I also notice that lately dia agak clingy. I thought dia sengaja mengada sebab ayahnya takde but then I discovered that it is just normal phase of growing up. I hope he will be ok pretty soon...Tak mo clingy clingy eh budak. Aaaabu tampo ponggong tu nanti.

9 months and 3 weeks - He's learning you could go far away from him, which is a frightening thought for someone so tiny! This phase, when he wants to be near you all the time, can be very wearing but it will pass more quickly if you don't push him to be independent too soon. Day by day his confidence will grow, as you are there to support and reassure him. - babycenter.com.my

Enjoy your long weekend people!

Wednesday, April 29, 2009

Affairkah??

Day 1 - "I'll be home late. Very very late. Don't wait for me."

Dia sampai rumah 6 pagi. Mandi mandi. Semayang subuh. Main jap dengan Adam. Kol 7.15 keluar balik gi ofis.

Day 2 - "Keje banyak lagi. Tapi takpe, I ambik you. Hantar you balik. Lepas tu kita keluar balik la. Bawak Adam sekali. Gi ofis I."

I tak kuasa nak ikut. Belum tentu keje dia boleh siap kalau Adam ada. Dah la ofis dalam estet kebun kelapa sawit. Tak kuaser hokays!! Dia keluar balik dari rumah kol 8.30 malam, sampai rumah kol 3 pagi. Peluk peluk Adam, kiss kiss I dan pengsan sebelum bangun untuk pergi kerja sekali lagi.

Day 3 - "Banyak keje jugak la you. Sorry sangat. Memang kena siapkan before Jumaat ni. Kalau you boring dok rumah, datang la sini ngan Adam. Ada gak kawan I. Berapa hari dok tengok muka pak guard ni je."

Kebetulan paksu 2/mak uda/pak lang/mak ngah/tok wan/tok chik Adam datang rumah. So I malas la nak keluar kan. Adam pun macam rindu giler ngan paksu no 2 dia tu. Kejap kejap cium kejap kejap cium. Hub pulak balik rumah kol 12 malam tadi...*sigh*



Day 4 - "Banyak kerja jugak. Balik lambat jugak ni. Kita beli barang rumah Jumaat ni la. Kan cuti. Tapi kalau you nak bawak Adam keluar jenjalan malam ni, bawak la. Nanti boleh singgah kat ofis I."

Apakah?? Nak kena singgah jugak? Estet ok? ESTET dan MEMALAM adalah gabungan yang tidak bagus untuk seorang perempuan lemah lembut memandu di waktu malam!!


Semua ini gara gara kerja. He will have to a ttend a 10 day course next week. His assistant MC dah lebih sebulan sebab hilang ingatan. Still takde orang ganti. Boss dia pulak, masuk sepital. Sakit apa tak tau, RAHSIA. Katanya, baru semalam masuk ofis balik ...


Lunch time tadi I terfikir, kenapa dia asyik soh I datang ofis dia je uolzss? Siap soh bawak Adam ni. Belum tentu dia dapat tumpu pada kerja dia bila ada Adam. Sahih2 la dia nak bergolek golek ngan Adam. Lagipun, dia jugak yang dulu tak berapa gemar Adam ke situ. Area tu 'keras' katanya...Pelik gak ni....


I pun sms dia "You asyik soh I bawak Adam ni gi ofis ni...You sebenarnya risau I tak percaya you eh?"


Dia reply "ye la..baru sedar ke?"


Uh oh, takut aku tak percaya alkisahnya. Macam la tak boleh dok ofis bila I cakap I nak datang dan "lari" bila I balik kan?? Tapi, in my humble opinion trust ittuew sangat sangat subjective dan sangat - sangat personal. Kita percaya dia bulat bulat sangat pun tak boleh, tak percaya pulak pun tak boleh jugak kan .Ye la, kejadah la pulak ko tak percaya kat jantan ittuew tapi ko kawin ngan dia kan? Kawin paksa tu cerita lain la...


Lagi pun sekarang nih dengan kemajuan teknologi, lelaki yang 24 jam berkepit dengan bini & anak anak pun sempat "menubuhkan" cawangan, apatah lagi yang jauh di mata dekat di hati...


Aku nak reply sms dia, tapi contemplating.


So I reply je dalam hati. "InsyaAllah buat masa ni I percaya."

TAPI...

Tak tau la kot esok lusa penyakit 'merentan ketika PMS' I ni datang menyerang kan..... waspada je la yer!! You'd better be home by that time..

Monday, April 27, 2009

Good DAAY!!

Good day people! hape hentah yang seronok sangat pasal hari ni kan?? It was not even my intention to go to work today. I went out of the door dragging my feet to the car. Bayangkan lah keseronokannya bila cuba menyetart kereta tapi tak boleh uolzsss. Berdesup I lari masuk balik dalam rumah terus landing atas katil. Alasan kukuh hari ni tak payah gi keje sebab kereta rosak. Tak pernah seumo hidup I happy ni kereta rosak...

As soon as Hubby abis mandi and came in, dia buat muka pelik tengok I seronok seronok baca paper atas katil.

"Apasal ni?"

"Kereta rosak. So tak payah la gi keje" *sengih*

"Jangan nak mengada. Saya tak boleh hantar?"

*moncong* "Nanti you lambat...."

"Takde takde..bangun. Gi tunggu dalam kereta.."

Pendengki betul....Jadi sekali lagi I mengheret kaki dan bontot yang berat ini ke kereta..

Patut iolzss cakap iolszzz senggugut jek tadi kan??? Hmppphhh...

Friday, April 24, 2009

What Makes You So Special ??

&$%)&^@$*^*&@^$*@_)@*%)&!$!$^$&*$%*&%!%!$%*$%(%*%(!^%&%^*&!%$%!)*%^*

hape ko ingat ko bagusssssssss????

*sesi marah tapi masih menjaga kesantunan*

Mixed Feeling

Rasa macam tidak cukup nafas. This week is kinda short for me. Ye lah, sahih sahih bergumbira kat rumah je isnin hari tu. Harusla tetiba workload melambak. Nasib la Jumaat ni busy light light je.

If anybody berkesempatan baca Harian Metro semalam and notice the news about an accident in Ipoh, well, that guy was my neighbour. Not exactly neighbour rumah sebelah but we knew each other. In our neighbourhood, it is still very much like a kampung. Everybody knows everybody. So when something sad like this happened, it it very much feel by everyone.

It was very heart wrecking to see the wife. Pengsan 4/5 kali di hopsital mortuary. I did'nt read the news. Sengaja. Or else you will find me sobbing. I would still find myself relating this kind of incident with what had happened to our family. I wish I can stop. But I can't.

That fateful day, his wife told us that he need to come home to get some photos of him. Kalau sape yang baca berita tu akan tau yang dia baru je dapat kerja tetap after almost a year. So probably his employer need the photos. And the lorry was making a u-turn di jalan yang tidak sepatutnya.

At first, memang arwah yang langgar lori. Dan dia jatuh. Mungkin pengsan. The helmet is still intact. The lorry driver, kinda panic stopped the lori. When the driver realized that he was not moving, he jumped back into the lorry and decided to drive away. Mungkin bukan niat dia nak lari. Mungkin dia takut kena pukul sebab ramai orang dah berenti untuk menolong (atau melihat). As fate would have it, tayar belakang lori "terkena" . And as fate would have it, a mom had lost his son and a wife had lost her husband..

If only the lorry driver hasn't decided to ran away. If only his employer wouldn't need the photos that very day. If only.....

Still to this very day, it was very hard for me to imagine my mom hugging my late brother while reciting Syahadah in the middle of the road without dropping single tears. That I was told. If only that day the doctor is not rushing back to the camp because of a patient and if only mom's employee was not sick that day and would be able to sent him to school as usual. Well, if only...

But that is life, being what it is - a series of intersecting lives and incidents, out of anyone's control - except Allah. I believe that. I also believe that we're meant to lose the people we love. Or else how would we know how important they are to us?

Well, on a brighter note, I manage to catch Adam helping himself standing. He didn't grab on to anything. Mula mula squatting and the next thing I know he is standing all by himself sambil bertepuk tepuk kegembiraan. Dia la yang bertepuk tu. Bukan I. I tak la excited sampai macam tu skali... Eleeeeee, tak bleh celen Abuuuuuuu la Adam, Opah cakap, Abuuuuuuu 9 bulan dah berjalan hokays. Adam tu, 9 bulan lebih baru nak terhegeh hegeh nak berdiri sendiri eh *smug*

The day before that, I caught him climbing the bed. It's a single bed I put next to his cot SO that I can rest for a while after putting him to bed. What he did was, he grab the sheet at the furthest he can reach with one hand and use the other hand to pull himself up. He laughed so loud once he's on it. Soon enough, as he easily get bored, dia dah nak turun - head first. Aiyoyoyooooo kadaiwale......like that also can haa Adam??

What else can he do...ermm..aa..biting. I don't really know why but he seems to prefer his dad than me as his biting target. Haruslah Aaaaaabuuuuu yang lebih berlemak dan berdaging dan sedap untuk didigit kan Adam?? Dah kenapa tulang & kulit ayah ko tu juga yang ko hadap?? Tapi bagus jugak la. I agak seram melihat bekas bekas gigitan ittuew. Macam geram sangat kekdahnya. Mentang mentang gigi depan dah complete set.

I realized that he started to express his feelings more to me. Dan agak pandai berlakon juga. Yesterday, Adam was touching mom's clay duck and made it fell off on his beak. Nasib baik tak pecah. He gave me his fearful glance and the moment I said "Ahaaaaaaaa..Opah marah dia..." he cried...loudly. Macam I pulak yang cubit dia kannnnn? Dasar pandai berlakon betol la budak ni...

I realised that he wanted to make friends. He would want to touch Shin Chan friends' face when they came over. Or any kids he manage to grab at the shopping complex. He would give his sloppy wet kiss - WITH TONGUE for them. Hoh, memang la buah hati Tai. Kannnnnnnnnnn Tai??

Well, I'm signing off before this entry get too long. Happy weekends everybody. Don't drink and drive...

p/s : quotable quotes from Benjamin Button

p/s : Akak Rose, Bandar Baru Putra ittuew agak dekat jugak la. Thehehehehehehe...

Wednesday, April 22, 2009

Mari Bakar TV

Did you guys know there's this campaign called "Turn Off The TV"? Ini international campaign. Start dari 1995 lagi. Tapi standard la, Malaysia tahun ni baru participate...

Ok la, aku admit. Aku bukan la penunggu TV tegar pada asalnya. Mungkin sebab kat hostel cuma boleh tengok TV weekends je kot. Bila start keje, malam baru sampai rumah, terus 'pengsan' kat living room. Hapekah nak tengok TV nya? Weekend? Baik I gi ronggeng ronggeng kat Genting uolzsss. Huu..time tu Genting ngan rumah sewa I umpama Ipoh dengan Tambun je. So ape lah sangat TV itu kalau nak dibandingkan dengan cuaca sejuk kat Genting tu kan..

Dulu I pernah kerja dengan sorang bos yang TAK PERCAYA pada microsoft excel. Boleh gitu?? Kalau aku buat calculation dengan Excel, dia akan suruh aku kira balik guna calculator. Gilo hapo?

Tapi lelama aku dapat tau, this very very smart old chinese man (dia antara engineer yang perticipate dalam design untuk Penang Bridge - KIRA secara MANUALLY ye uolzsss) tak percaya pada TV juga. Rumah dia takde TV. Radio ada. Tapi TV takde. Katanya TV tu lagi banyak keburukan dari kebaikan. So baik tak payah ade langsung... Kat ofis pun, kalau sape sape idle, keje dah siap, dia halau pergi library, cari buku or magazine untuk dibaca. Agak kronik jugak la tahap dia membenci TV dan sebarang bentuk hiburan ittuew..

Tapi sekarang nih, agak susah la kan nak cari bilik / rumah yang takde TV. Kat kampung aku, rumah buruk buruk tapi antenna Astro mesti ade. Dah hapekejadah kalau ade kuali Astro atas tu tapi takde tv kan? Mesti ade ade TV kurang kurang 1...

Ye lah, tengok TV banyak banyak memang la banyak keburukan berbanding kebaikan kan. A colleague's daughter at 7 years old kena pakai spek. Mak dia cakap, she spent most of her time watching sesame street on tv and playing learning games at PC (which she tought is good at first daripada tengok tv)

But then pada pendapat aku la, too much of everything is always hazardous....

Oh..berbalik kepada kempen tutup tv selama seminggu itu (patutnya mula semalam), sape yang rasa boleh ikut?

Aku tau aku tak boleh....

Aku nak tengok Ninja Warrior..

Friday, April 17, 2009

Happy Weekend!

My mom is a caterer. Dia boleh masak secara pejam mata untuk 100 orang... Untuk 1000 orang, dia kena bukak mata sebab nak jerit jerit kat kitaorang anak beranak (aku, W, dan abah aku) sebab lambat buat kerja - kerja sampingan seperti kopek bawang, masak nasi dan blender halia.

Sebenarnya aku nak cakap yang aku tak pandai masak. I can fail miserably kalau bagi aku menu dan suruh aku masak makan tengahari untuk 20 orang time tu jugak. Aku rasa aku goreng telur dadar je la untuk korang kan...

Keluarga mertua aku sedia maklum. Well, actually aku PASTIKAN mereka semua sedia maklum yang walaupun aku anak seorang caterer, aku masih tak pandai masak.

Paling terror aku masak kat rumah mak mertua ialah selepas majlis sambut menantu (sambut aku la tu). Malam tu semua orang dah macam penat. Designated cook, kakak ipar aku pun dah macam melepek je. Kesian aku nengokkan. So aku pun decided masak something yang simple untuk semua orang. Nasi Goreng + Telur Dadar. Ade la dalam satu food warmer besar tu aku masak. Habis licin diaorang makan. Aku perasan sungguh aku pandai masak malam tu...

Tapi selepas ittuew, bila memakan nasi goreng kakak ipar aku, aku sedar nasi goreng aku tu amatlah tak seberapa sebenarnya. *sigh* Punca nasi goreng aku abis malam tu adalah sama ada diorang nak jaga hati aku, ataupun diaorang memang lapar gile....

Tapi sekarang Zaman IT. Setakat resipi pajeri nenas tu, berlambak kan kalau iolzss google...Tapi iolzsss prefer yang bergambar. Rasa teruja nak try..One of my fav cooking blog is Divasuri. Beliau memang DIVA bila memasak. Erk..maksud I, dia nak masakan dia tu senantiasa special ie still hot when serve, ade side dish, cukup khasiat...kan Faye??

As you can see from all the pics there, makanan yang simple pon jadi extra special because of the presentation. Kalau aku jadi laki dia, memang la aku nak dia je masak. Tak kuaser aku nak makan kat luar yang belum tentu sedapnya ittuew.

Hoh..apa motip entry nih ari nih kan? Ok la..takde motip. I bosan kena standby bila ade meeting..tu jek... Gayah, I pon nak buat kek batik balik umah petang nih. Buat bekal bawak gi Cameron...

We will have a long weekend here in Perak because Sunday is the birthday of Sultan Azlan Shah so the following Monday is a public holiday. Yeay!!

Have a happy weekend everybody. Don't drink and drive.

*edited* mohon ampun kalau sape yang baca before update nih kena guna kanta.

Thursday, April 16, 2009

It's my middle name..

Aku kena cepat cepat buat tag Esah nih. Kalau tak, lagi berlambak aku hutang dia tag. Ni pun dah nak masuk duaaaaaaaa tagggggg. Sila baca ikut nada dialog Sudin panggil Jebat dalam cerita bujang lapuk..

5 perkara yang lawak+poyo+sengal+mengong and tak bleh nak blah and sewaktu dengannya yang pernah berlaku dalm hidup anda

Sebenarnya aku nak cakap yang aku tak pernah buat benda benda macam nih seumo hidup I. Ye la, al maklumla. I ni kan ayu lagi anggun. Senantiasa menjaga tataterttib walau di mana berada Hoh.. belum ape ape korang dah start muntah hijau dah kan??

Baik la. Mari kita mulakan. *tarik nafas dalam dalam*

1. Aku Ada Kembar

Aku pun tak tau macam mana boleh jadi tapi mungkin ade kaitan dengan AX nak tolong mengcoverkan aku dalam kejadian-terserempak-dengan-kosmate-sambil-berpakaian-tidak-senonoh-ketika-clubbing jadi tiba tiba aku ade "kembar". Mamat kosmate aku ini pula percaya dan sibuk tanya tanya pasal 'kembar' aku...Apakahhhhhhhhh?? Ko percaya??

Aku pun tak ingat in the end dia tau ke tidak bahawa "kembar" aku tu tak wujud.

2. Aku Makan Semut

Aku ade lah seorang yang pelupa tahap ke 18. Ade skali tu aku tengah study kat rumah Gayah. Masa tu Hubs pun ade. Diaorang sembang sembang tengok TV. AKu study maut la tapi dok depan tv gak. Tengah tengah aku study tu tetiba pen aku hilang. Aku membebel bebel sebab aku baru beli pen tu. Kengkunun nak wat collection. Hubs dan Gayah pun bersusah payah tolong aku cari pen tu. Beberapa minit kemudian setelah angkat meja angkat kerusi nak cari pen aku tetiba Gayah cekak pinggang jerit kat aku "CUBA KO RABA TELINGA KO TU!!"

Aku pun raba telinga kiri....."LAGI SEBELAH!!!"

Aku pun raba telinga kanan..Owh..Kat situ rupanya pen aku menyorok.

Sampai sekarang Gayah menyumpah kalau dia kena tolong aku cari ape ape yang hilang. Hubs tak boleh komplen sebab dia dah sign surat..Ngeeee...

3. Aku Tak Suka Naik Van

Dulu kat UTM, bila weekend takde keje nak buat kita orang pergi cyber cafe. tapi CC yang murah cuma kat luar UTM. Kat dalam UTM RM7 sejam. Gile mahal. waktu itu kami takde transport tapi CC tu menyediakan perkhidmatan ambil & hantar pulang student yang duduk dalam kolej. SO kami pun call la dia. Aku tak ingat sape partner in crime tapi malam tu kami gelak sampai kuar kuar air mata sbb malu yang amat sangat..

Nih first time ni nak naik van dia. Bila kami kuar, kami dah nampak van tengah tunggu depan kolej. Seorang kawan aku pergi kat driver van tu dan tanyer "Ah Hong yer?" Tuan punya CC tu nama Ah Hong.

Driver tu angguk. Kawan aku pun terus la bukak pintu van nak masuk. Di ikuti oleh seorang lagi kawan aku. Aku nak masuk tapi aku tengok muka driver tu macam gabra gile babi bila sorang kawan aku dah masuk dan duduk dalam van dia.

"Hoih...lu orang kenapa?" dia tanya..

"Nak pergi CC la. Kan dah call tadi cakap" Kawan aku jawab dengan yakinnya..

"Saya tunggu GF saya loooo....bukan angkat orang pergi CC"..

Thehehehehe..Malu kan? Diaorang turun sambil bergelak ketawa cover malu lari masuk dalam kolej. Tak sempat pun mintak maap kat "Ah Hong"...

Gile malu ok...Adeh...*sesak nafas tahan gelak*

Aktelli kan Esah, benda benda poyo ni wajib ko tanyer kawan kawan kita yang lain seperti AX atau Gayah atau AWE atau Sherry dan yang sewaktu dengannya sebab aku LUPA @ mungkin jugak buat buat lupa benda benda yang memalukan diri sendiri nih...so setakat nih aku ingat 3 jek :-)

Wednesday, April 15, 2009

Terkenang

Sekarang aku dah tau kenapa rasa tak senang hati semalam. Sambil dukung Adam, aku belek kalendar and terus notice date smalam. 14 April 2009. Rasa macam nak tepuk dahi sendiri pun ade jugak.

Macam mana aku boleh terlupa?

Semalam birthday dia. Dulu, dia memang excited bila birthday dia. Katanya birthday dia sama bulan dengan Sultan Azlan yang hensem itu. Nama pun ade iras iras. Selalu gak la aku cemuh cemuh dia. Perasan. Tapi cemuh seorang kakak, lepas tu aku beli gak dia hadiah. Kurang kurang pun aku belanja dia KFC or kek. Guna duit kumpul sendiri nih...Theheheh..

Yup, memang aku sayang dia...Tapi adat adik beradik. Aku kalau tak menyakat dia, memang tak sah. Kalau tak buat dia sakit hati, memang tak sah. Banyak kali gak la kot dia menangis sebab aku. Heh.

Kalau dia ada sekarang, dah 26 tahun umurnya. Dah besar panjang. Mana boleh tak panjang, masa umur dia 14 tahun pun orang selalu ingat dia abang aku. Kalau dia ada sekarang, mungkin dah ade GF. Mungkin jugak dah pasang niat nak nikah. Mungkin masih single mingle. Mungkin dah ade superbike yang dia idam idamkan dulu. Mungkin jugak Adam jadi buah hati pengarang jantung dia. Or maybe he will be Adam's favourite uncle. But we wouldn't know now would we?

Makin Adam besar, makin ramai makcik pakcik sepupu sepapat aku cakap muka Adam macam muka dia. Actually aku pun notice. Especially bila Adam buat muka merentan tak nak senyum. Reminds me of him bila dia merajuk dengan aku...

Tapi itu benda lama. I wanted to put sad things behind me. Cukup cukup la aku menangis setiap kali birthday dia or tiap kali 3 hari before birthday aku. I wanted to remember him as somebody yang cheerful, yang happy go lucky, yang friendly. As somebody who loves his family more than anything in the world...I wanted to remember him as somebody yang selalu buat aku gelak ketawa with his silly antics..

I pray for Allah to bless his soul. Al-Fatihah for my one and only late brother..Moga rohnya dicucuri rahmat..

Amin.

*lap air mata menitik*

Tuesday, April 14, 2009

Jiwa Kacau

Ntah kat mana la yang tak betulnya hari ni.
Nak kata PMS, dah lepas dah..
Nak kata tak cukup makan, baru je tibai sepinggan nasi lemak...

Tapi hati rasa kacau je.
Rasa semua benda tak kena..
Rasa macam nak marah je ni...

*sigh*

buat tak nampak file yang berlambak kat atas meja nih pas tu balik rumah sekarang mengadap budak tembun tu boleh tak??

Monday, April 13, 2009

Di Awan Biru

Aku antara peminat Search. Seriyes. Tak tipu. Antara sebab utamanya sebab Amy hensem. Sampai sekarang pun masih hensem...kan? Tapi yang sebetolnya, suara Amy amatlah best...menggugat jiwa raga nih..

I still find his singing exhilarating dan membuat aku berasa horny..Erk..ini horny yang lain ya, more to like intellectually gittuew..Ye la...Kalau dah Tok Guru Nik Aziz pun mengalirkan air mata dengar dia nyanyi, inikan pula I yang jahil ini...huhuhu...ape kaitan nih?

Aku pernah jumpa dia secara live..secara tak sengaja, ketika sibuk terkinja kinja tengok SO7 and what can I say, dia sangat tidak sombong hokays uolzss.. Takde "rockstar" attitude langsung..Senyum jek dan senyuman ittuew telah membuat hatiku mencair....

Hanyways, I think you guys already knew about it la kan? They will be rocking from this coming May to August at 11 venues, 9 states. Sadly, Ipoh is not one of them.. I agak marah la pada awalnya. Macam mana boleh mereka purposely tinggalkan Ipoh?? Sakai sangatkah Ipoh ini? Tiada mat rock keras kah di sini?? Tapi fikir fikir balik, bagus jugak. At least aku ade alasan untuk naik train lagi skali ke KL...

Sape nak ikut??

Thursday, April 09, 2009

Thursday Blues

Assalamualaikum uolzssss...

I was away from my darling desk for 2 days...Ade interview di key elss...kalau real life aku cakap cara gini, mau putus lidah aku..

I wouldn't say my chances are big or slim in those interviews but more to like 50 - 50 la but I definitely think it's time for me to move on. Apakah ayat macam orang putus cinta ni??

The interviews were okay. I went to 2 interview skalss ye uolzss. Gigih tak gigih nih..But what frustrates me was when the interviewer sibuk bertanyakan soalan soalan berunsur chauvinistic. Geram jugak la I yang lemah lembut ni dibuatnya...Tapi i buat bodo je la. Jawab je la mana yang boleh jawab. Dah, takkan nak suruh I jadik feminist kan? That is soooo 1997 okay..tak kuaser!!

Hanywaysss, soalan soalan berunsur chauvinistic pada I adalah seperti :

"Kerja ni, kadang kadang kena stay sampai malam. Awak boleh ke stay sampai malam? Anak awak macam mana?"

"Kalau kerja Sabtu atau Ahad boleh? Anak siapa jaga?"

"Dulu boleh la..awak takde anak, sekarang dah ada anak, boleh ke? *di iringi dengan gelak ketawa berbunyi sinis* "


Memang terasa sangat yang dia menilai aku sebagai sorang perempuan yang ada anak. Dah, orang perempuan ade anak tak boleh buat kerja elok elok ya? Memang la kalau sekali ko tanyer soalan macam tu aku memang tak kisah. Tapi kalau dah 4-5 kali ko pusing pusing tanye soalan yang sama, tak harus aku rasa menyampah??

Dah, ko tu takde anak? Kalau ko kerja, sape pulak yang jaga anak ko?? Biar je kat tepi jalan? Macam tu?? Haaaa??..Haaaaa?? Iskk..kan mex dah marah nih....

*btol btolkan tudung*

Anyway uolszz, hari ni I nak sahkan bahawa, I STILL make a good backpack traveller. Dan bilik mandi kat KL sentral itu agak selesa cumanya kalau dia letak kipas dalam bilik bersiap tu, I memang lagikkkk suka. Lagi satu, I mandi kejap je..5 ringgit I bayar untuk mandi tu macam banyak ok...*dasar cheapskate*

Hiks, I terpaksa jugak mandi kat situ Gayah walaupun dah nak naik train balik ke Ipoh dah. Lepas nih kalau ade gambar pompuan mandi kat KL sentral, aku salahkan Gayah, semuanya sebab KAU suruh aku pakai baju kurung pergi interview!!! Thehehehehe..

Saw few of them kids yang 'melepak' berlunjur kaki dalam KL Sentral with big bags macam takde hala tuju and I found myself smiling. Reminds me of my time la. Ke sana ke sini naik bas. Bila sampai before Subuh, lepak la dulu kat Pudu tu sampai kedai mamak bukak. Tapi tempat I lepak dulu kat Menara Maybank tu kurang glamer dan takde wifi la kan. Memang jauh 10x lagi selesa la KL Sentral kalau nak banding Puduraya tu..

AND I oso learnt one new thing/trick this time. Kalau ko ade backpack kat belakang masa nak naik train, silalah jangan gatal nak tanggal bila dah masuk dalam train dengan alasan berhemah dan memberi ruang kepada orang lain. Aku sanggup jadi tidak berhemah dari dapat lelaki yang kuat berpeluh bersandar kat belakang aku..*sangat mengerikan*..Aku terasa sangat annoyed tapi apakan daya, dia pun kena himpit dek orang depan dia. So macam tak adil la aku nak hangin kat dia kan..

Owh..sebelum lupa...Hi there my junior(s). I'm trying my best here to stay anonymous tapi rasanya macam percubaan tu gagal. Those who knew me in my real (past) life...Yes, I am the senior yang garang, susah nak senyum, selalu kena Detention Class, A.J.K Dewan Makan, Samseng tapi baik hati ittuew... :-)

Sekarang sila pura pura bahawa anda tidak kenal saya dan saya hanya seorang suri rumah biasa yang lemah lembut, anggun, bergaya dan seksi......

*Lari menyorok bawah meja*

Monday, April 06, 2009

Monday Blues

Hik..bukan Monday blue yer kengkawan...itu dah cerita lain...

I penat. I dehydrated. I kelaparan. ye lah tu laparrr...

I takde idea nak hapdet apa. Sebab hujung minggu I kerja kerja kerja....

Oleh sebab I gigih berkerja supaya orang lain kaya raya, Hubs menjadi mangsa. Kesian tengok dia menjadi bapa tunggal sorang sorang angkut Adam mandi di waterpark. Tapi I dapat report uolzsss, ade pompuan sorang berdua tersengih sengih kat laki I..

Hoih!! bawak anak pun ade pompuan nak senyum senyum yaa?? Nanti laaaa.....

Wednesday, April 01, 2009

Adam : Ketakutan & Kegembiraan


"Cantik bakal menantu Ibu ni kan Adam?"

"Hape dia buat ni Ibu??"


"Ibuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!" (Aaaaaabuuuuuuu)

HOH!!...Orang bagi girlfriend pun takut sampai nak nangis. Girlfriend cun pulak tu.. Budak Adam ni la.....




Posted by Picasa

Tapi cuba kalau bagi makanan, seronok je kan?? Kannnnnn?? Isk...


Dan untuk beloved Tai, ini adalah gambar Adam dan kesan lebam kena dera ittuew.

Sekian. Terima kasih.