Monday, December 07, 2009

Santa Clause ko panggil aku syaitooooooonnn??

How was your weekend darlings? Mine was so so.. Did nothing much except jalan jalan, guling guling ngan adam dan makan free di rumah orang kawen la kan..

Sejak perut makin memboyot nih, mana - mana I pergi, ramai yang tanya Adam takde buat perangai ke. Yelah, sementelah nak dapat adik nih banyak pulak pe'el dia kan.

Well, dah makin besar, harus la makin banyak pe'el kan. Tade la macam beberapa bulan yang lepas, apa orang suruh dia ikut jek... Sekarang ni makin pandai la mengelat. Orang suruh masuk bilik air mandi, dibantainya lari ke luar rumah berbogel. Orang bagi makan, diketap ketap mulutnya menggeleng geleng tak mo makan. orang soh simpan mainan dalam bekasnya, dicampak masuk bawah katil *Adakah ini mengikut perangai iolzss muda muda dulu bila disuruh mengemas???..owh nooooo!!*

What suprised me ialah semua benda yang dia buat tu, I still find it pretty amusing. Still boleh tersenyum tengok keletah keletah nakal dia tu. Sampai bila..I tak tau la kan...Maybe esok lusa I akan bercekak pinggang depan dia pulak...

Tapi dengan ayah dia memang tak boleh blah la, memang kena marah la kalau buat perangai. Kadang kadang jadi kesian pulak bila tengok dia kena marah ngan ayah dia. Haih..Anak manja ayah kannnnn...tak boleh kena tegur sket pun ngan ayah dia...mula la berjurai air mata...

Tapi budak cerdik tu, kalau kena marah ngan ayah dia, terus peluk Iolzs ok...Pandai pulak nak manja manja ngan kita bila kena marah.

My opah belah abah is sick at the moment. hari sabtu tu dia langsung tak boleh makan. So jadinya dia macam tak berdaya. Sort of like koma jugak la. Semua anak cucu balik menjenguk dan tiba tiba I rasa macam ramainya sedara mara I. Ye la, selama ni I rasa laki I je ramai sedara mara..I ni macam sebatang kara je la kekdahnya..

Siap laki I tanyer kat I, yang tu sape yang ni sape sebab ade yang dia tak pernah jumpa..*hamekkk ko dah dekat 4 tahun kawen pakcik sedara pun tak aku kenalkan lagik. dasar lupa daratan sungguh*.

Sebenarnya baru I sedar, I je yang tak pandai bercampur gaul dengan sedara mara. Haih...

Friday, December 04, 2009

Mengaku

*dial nombor Hubs guna phone ofis*

ME : Y.....

Hubs : Ha...tinggal henpon kat rumah lagik!

ME : Oi..orang tak sempat bagi salam pun lagik tau. Mana you tau I tinggal kat rumah henpon i?

Hubs : Henpon you ade je kat meja luar tu tadi. Ntah ape ape..

ME : Dah amik dah tadi. Tapi lupa letak dalam handbeg. Teka la ape benda yang I letak dalam handbag ganti henpon..

Hubs : Apa?

ME : Heheheh..

Hubs : Remote TV?

ME : Deodoran......

Hubs : Bodoh laaa....

Thehehehe...I mengaku KENGKADANG I memang sengal...

Thursday, December 03, 2009

Perubahan

Jalan Adam makin laju.

Jalan iolzs pulak makin perlahan.

Wednesday, December 02, 2009

+-

mode : deep thought
lagu latarbelakang : The Great Gig In The Sky

Kadang - kadang lambakan kerja membuatkan aku jarang jarang dapat berfikir dengan mendalam. Eh i thought you're a bimbo? sejak bila pandai pikir dengan mendalam pulak ni? Eh..helloww....I bimbo yang pandai berfikir okayyy..

Theheheh..sebenarnya kerja masih melambak. Dan pada ketika dan saat ini saya sakit jiwa dengan beberapa orang yang buat kerja macam budak darjah satu walapun umur dah patut tahap anak lebih dari satu kan...Seriyes, geram..I mean, kamon la. Kalau pun tak pandai mengira, excel tu banyak funtion untuk korang explore. Boleh je kalau nak double check everything. Takkan la itu pun aku nak ajoo kan? Ni asek asek bila file sampai kat aku, ade je la figure yang tak btol. Hampeh kelapa btol la!

Anyway, Semalam dalam keadaan mata bengkak bengkak manja, me and Hubs went for a movie. Wanted to watch Ninja Assasin tapi yang ada cuma kol 7 mlm. So we settled for Christmas Carol instead...Itu je la yang paling menarik yang available pada kami. Belasah je la...janji tengok wayang..

Walaupun sebelum ni dah beberapa kali tengok kartun yang sama kat tv dan baca buku cerita charles dickens tu, rasanya ni la baru first time aku rasa "simpati" kat Scrooge tu. kalau tak dalam fikiran aku sebelum sebelum ni, hanya pikir " bapak punyer la kedekut scrooge ni.macam ni punya manusia pun ada ka?" tapi belum pernah pun rasa kesian kat dia.

Ntah la kenapa, semalam tiba tiba terdetik hati rasa kesian.

Aku rasa kesian sebab dia tak dapat nak rasa kenikmatan hidup. Tak dapat nak enjoy life. Dia asyik pikir dan takut duit tak cukup. Duit banyak pun tapi takut jugak. Padahal kalau dia mati esok lusa, duit tu dah takde makna langsung dah.

Dan kite kena admit, bukan dia sorang je macam tu kat dunia ni. Belambak. Kadang kadang kita tak sedar, kita pun macam tu.

Yang keje keras nak bahagiakan anak bini tapi tiap tiap hari balik lambat, bila sampai rumah anak bini sumer dah tido.

Yang keje keras, sabtu ahad pun ke ofis (aku ke tu?) sampai nak dengar gelak ketawa keluarga sendiri pun tak dapat.

Yang kerut - kerut kepala tengok balance akaun bank dan asyik pikir macam mana nak tambahkan lagi sampai kawan kawan ajak keluar minum pun tak nak...depressed kununnya..

Kesian kan?

Tahun baru nak datang ni, I don't have any resolutions what so ever...

I just want to laugh more, love more.

Because I realized when I laugh and love, that is when I feel very fortunate and happy with my life...

Monday, November 30, 2009

Dah Jadi MERAH

I dapat balik kampung awal jugak akhirnya. Itupun sehari sebelum raya bila I dah kat kampung, I punya la susah hati boss I call soh pergi ofis jugak, I terus off kan hp I. Agaknya SIL I semua perasan I macam kalut je kan, siap tanyer I cuti ke tak sebenarnya hari tu...heheheh...

Dan walaupun I balik kampung sehari sebelum raya, I berpeluang jugak la tunjuk bakat kat MIL buat biskut sarang semut. Walaupun sumpah sebenarnya baru ini la seumur hidup I tengok apatah lagi rasa mahupun membuat sendiri biskut yang bernama sarang semut ittuew. Dan biskut mazola telah pun tersedia sebalang besar untuk I angkut bawak balik ke Hipoh. Mak mertua I memang sayang kat I..Hiksss...

Pada saat dan ketika ini sebenarnya, I teringat pepatah orang dulu dulu, "becareful for what you wish for". Ye la...ari tu kan I cakap I nak tuko jadi warna hijau kannn??

Sekarang ni iolzss dah tukar jadi warna merah sebenarnya. Kami sekeluarga iaitu Adam, Hubs dan ME telah mempunyai mata merah saga seperti kutilanak sejak dari pagi raya hari tu. Adam mungkin sebab dia kecik lagi, imun sistem kuat ke hape kan..padahal dia yang bawah kuman jangkit kat sumer orang nih.. sebelah je matanya yang merah, tu pun sehari jek. Esoknya dah kembali normal. I ngan Hubs ni, siap dua dua belah mata merah ngan bengkak nih. Kelles kannn..I sampai dapat 2 hari MC.

Seb baik la Adam tak mengamuk ke hape sebab sakit mata..Ok je melompat sakan ngan sepupu sepapat semua. I je yang rasa macam nak pengsan dah biji mata macam nak tercabut......

Tengok skrin pc ni lelama pun rasa nak tercabut gak bijik mata...*alasan semata nak membuta lagik*

Wednesday, November 25, 2009

Boleh ke jadi HIJAU?

Lama dah rasanya I tak mengalirkan air mata ni. I ni puan puan, nampak je sangat ganas dan brutal tapi sebenarnya lembut hati. Mudah terluka. Mudah dilukai *tuih tuih* Isk..Tak..i tak terluka. Takde sape luka kan I. Kulit I yang semulajadi tebal ni memang susah la rasanya nak dilukakan..huhuhuh..*tiba tiba je terasa macam nak cubit kulit perut sendiri*

I agak tense sebab I macam rupa rupa tak dapat cuti je Raya Haji ni kan. Jangan la salah sangka. I ni bukan la workaholic mahupun alcoholic...tapi alkisahnya I dah janji dengan laki I puan puan...Tapi at the same time I pun still tak senang hati mengenangkan keje melambak kat ofis nih...

Dah 4 kali I kena sindir ngan laki I kata hari ni nak start cuti dah tapi at this moment masih terkial kial kat ofis lagik. huhuhuhu... Walaupun I tau dia faham I banyak keroje tapi of coursela I rasa tak best kan.

Me and my big mouth ni siap janji dengan MIL nak balik awal tolong buat biskut mazola okkay - adam's fav...tapi..nampaknya I mandi minyak mazola je la...I tengah fikir alasan ni, apa la alasan I nak cakap ni. I nak cuti gak esok. I tak kira. Apa nak jadi pon jadi la...

because I seriously need to spend more time wif Adam and Hubs la..Weekend lepas, sewaktu Cik Gayah enjoy enjoy membuntang sambil Mr Gayah memasak kan..(memang byk lemak ko kannnnn!!) I ni kat ofis puan puan. Yer..kat ofis sorang sorang buat keje...2-2 hari sabtu ahad plak tu...Bila balik tengok Adam dah tido, Hubs pulak bercerita ape semua diaorang buat ari tu, rasa macam tak worth it langsung melepak lepak seharian kat ofis membuat duit untuk orang lain...

Huhuhu...Boleh ke cakap kat bos esok I tak masuk keje sebab dah tukar warna jadik hijau?