Monday, June 29, 2009

Malas Malas..

Tomorrow shall be my last day here dan ada AGM la pulak. Bagus. I memang suka. Semua orang sibuk dengan AGM, termasuk la I. Adalah sangat amazing meja I masih berselerak dan belum habis dikemaskan, macam orang tak nak berenti pun ada..

Pagi tadi I dengar radio on the way to work, topicnya adalah : What I wish my MIL would have tought my Husband...Memang tidak dinafikan, adalah agak lambat untuk I menjawab soalan itu kerana nasi dah menjadi bubur. Walaupun I komplen berkontena kontena, tak dapek nak nolong sebab I dan sign surat ittuew..

Tapi topik itu membuatkan I terus terpikir apa yang I patut ajo Adam supaya dia faham pasal pompuan dan tak la jadi macam ayahnya yang bila I moncong, di katanya I dirasuk hantu..

First and foremost I akan make sura dia taw kewujudan PMS dan menstruation itu sejak dia berumur 8 tahun lagik. Jadi tak perlu la dia make fun of girls yang tetiba bocor ke hape kat sekolah. I benci betul budak lelaki yang gelak gelak kalau budak perempuan terbocor period. Rasa nak tampar je. (kalau anak aku laaaa kann..) Dan jugak tak payah la dia tarik - tarik rambut sendiri tension bila pompuan pompuan keliling dia PMS...

Kedua I akan make sure dia pandai masak, sekurang kurangnya masak nasi goreng telur la. At least kalau I takde, outstation ke, hape ke, pandai la dia masuk ke dapur mengisi perut sendiri. Ini mungkin boleh dipraktikkan bila dia berumur 14 tahun ke atas. I have "anak buah" yang dah bermisai, berbulu ketiak dan berbulu lah semua yang sewaktu dengannya call mak dia yang 100 km jauh dari rumah tanyer "ni along nak makan ape ni hari nih, mak tak masak ape pon?" Aiii...nak je aku tampo dah besor tagun (maksudnya dah besor panjang) tak tau nak berdikari langsung!! Makan je la kat kedai kalau susah sangat!

Ketiga - pandai basuh pinggan & basuh baju. or at least boleh operate washing machine..

Keempat - pandai appreciate pompuan, romantik sikit sikit dan pandai jugak menilai pompuan mana yang mengada hanyarrrr, so boleh blah la pompuan macam itu nak jadi menantu aku.. *gile memandang kehadapan aku ari nih*

Empat cukup la setakat ni kot...erkk..ke tak cukup lagik???

Wednesday, June 24, 2009

Ciwek*

Dulu time skolah, I pernah bertanding untuk Majlis Pelajar (something like that la namanya, seriyes Iolzss lupa) Kiranya macam prefect menjadi spy cikgu cikgu, MPP ni memperjuangkan hak hak pelajar gitu. Sebab kami ni bukan dilantik tapi di undi oleh palajar...

I menang okay, walaupun senior tak berapa gemar kat I dan siap nak menyelewengkan keputusan, walaupun I kaki buli dan samseng ketika zaman skolah, alkisahnya ramai budak budak yang sayangkan I. Sebab mereka tahu walaupun I ini kasar orangnya tapi I ni sangat lemah lembut dan sesuai di bawak berbincang ...huwahuwahuwa...- ayat perasan semata mata. padahal kuncu kuncu I ni pergi berkempen satu skolah kalau diorang tak undi I, tak slamat la gituhhh...Tak macam gangster sangat dah rupa ko??

I ingat ade skali tu kami calon calon ni siap DIPAKSA berkempen di khalayak ramai . SO kena berucap atas pentas yer.... Well, actually tak la ramai mana. Sekolah kitaorang ade dalam 700 student macam tu. Sekolah yer, bukan Uni. Time Uni, I dah tak campo benda benda macam ni. I jadi student pemalu gitu..*sila muntah*

So setakat bercakap di khalayak ramai tu I rasa I ni memang takde masalah la kan. Ade la 2-3 kali jugak bertanding pidato. Jadik pembahas la. Tak termasuk dengan perbuatan bergaduh di khalayak ramai, menjawab kata kata orang lain dan perbuatan perbuatan lain yang sewaktu dengannya kan...

Yang I musykil ni kenapa sekarang dah bila dah tua tua jadi ciwek nak mampos sampai nak bagi ucapan perpisahan depan budak budak ofis tadi i sedey lelebih sampai meleleh sakan air mata abess maskara I sumer..KENAPAAAAAAAA???


*Orang jawa cakap crybaby
*Johorians cakap kememe / gembeng

Tuesday, June 23, 2009

In less than a month, my darling Adam would be 1 year old. I should be a "mak lebah" right now planning ang preparing for his first birthday party but I am not....Rasa takde mood pun ade jugak. Dah la tepat tepat on his birthday kena inject. Sahih la akan demam dan mengamuk nanti..


And the new job~~ Ia membuatkan aku risau.. Apakahhh?? Macam la dah 5 tahun tak keje kan..Well actually yang lebih merisaukan adalah tempat posting....Anyway malas nak pikir banyak, this is Adam's current look la. Sila abaikan rambut curl curl kat belakang ala ala gugurl ittuew. I dah cantas semuanya minggu lepas. *dengki*



Monday, June 22, 2009

Pada hari ini, saya

1. Kepingin Cupcake yang sangat sangat sangat moist dan gebu dan sedap dan chumil..

2. Kepingin durian (padahal ko tak suka makan durian ponnn)..

3. Kepingin cotton candy...

4. Rasa nak menghempuk fail atas meja dan lari balik rumah....

Dulu masa saya mengandungkan Adam, saya sangat suka makan kachang tumbok...ngan putu buloh. Masa tu tak boleh panggil mengidam sebab orang mengidam nak makan sekali je pas tu tak nak dah kan?

Tapi saya kalau boleh tak nak makan makanan lain, nak yang dua tu je. Tapi mengenangkan risiko risiko diabetes, I kongsi la kacang tumbuk ngan putu buluh tu ngan Hub. Kalau tak, jangan harap la..Dasar kedekut I kan?

Peh tu lagi satu tebiat masa mengandung, suka menyakat orang. Kalau I tau orang tu latah, lagi laju I cucuk pinggang dia. Kalau orang tu nampak mcam tengah busy giler depan PC (padahal I tau dia bukan buat keje ponn), I tutup suiz PC dia. Ha..gitu la. Dengki kan I?

Adam sekarang nampaknya ade sikit sikit sifat ittuew. Kalau ada 3 mainan yang sama, dia akan pilih mainan yang ke-3 yang ada kat tangan orang. Mainan yang tergolek-golek sorang sorang macam tu dia tak mo. Mainan tu mesti kat tangan orang lain, orang lain tengah main, baru dia nak. Dengki kan?

Suka benda benda manis tu standard la. Tapi I tak kisah sangat sebab yang dia suka tu buah buah jek. Bukan junk food (yet)....

Lagi satu suka main air. Part main air ni I musykil sket sebab masa pregnant dulu, memang agak malas la nak mandi. Dah tetiba dia suka sangat main air sampai nak tadah mulut kat paip air tu apsal eh? Tapi kata Hub, I suka gak main air.....tapi....hoh..tak kuaser nak letak perkataan seterusnya...

Motips ni?? Adakah entry ini terhasil kerana menyesyaki diri sendiri termengandung??

Wednesday, June 17, 2009

PMS (again)

Oh yes..It is THAT time of the month and I'm trying my best here not to be mad at anybody. Especially at him. *tak mau la marah marah. penat dah. mohon dimakbulkan..aminn..*

What is it with women and PMS? dulu kaum kaum lelaki 2-3 kerat ada yang berani tanyer macam tu kat aku...

Kalau nak terangkan, sangat la panjang berjela. Aku malas. Tambah tambah lagi kalau aku sendiri tengah PMS masa tu. Tapi kalau aku jawab "NOTHING. pompuan ialah makhluk yang memang suka mengada dan mencari pasal dan meletakkan PMS semata mata sebagai alasan!!" boleh juga..

Tapi rasanya.... aku tak berlaku adil pada semua perempuan yang harus mengharungi PMS.Kepada mereka yang tak mengharungi PMS sepanjang umur hidup mereka, you're blessed my darling!

I don't know about anybody else but I don't even like myself when I'm on PMS. Hape ko ingat aku suka bloating tummy, tetek bengkak, jerawat, fatigue, mood swing semua makneika benda nih? Cuba tetek ko bengkak sampai tahap ko nak koyak bra ko sendiri or tampar muka sesiapa yang caress tetek ko secara sengaja atau tak sengaja, ko suka? Suka? Aku tak suka!

I can't speak for everybody but it will be good if when your girl is on PMS :

1. you will just leave her and her (my) chocolate obsession alone for a while.
2. ko boleh kurangkan buat aktiviti yang menyakitkan mata dan hati dia. Actually semua benda pun boleh mendatangkan kemarahan sewaktu PMS, so better resort to no 1.
3. make her feel loved without making love, buley? Bagi bunga ke (walaupun ko akan di cop sebagai buang tebiat), kiss dia light light ke. hug dia ke. Tapi jgn lebey2. Nanti dia akan rasa nak terajang korang.
4. kalau tetiba dia kata rambut dia teruk, dia rasa dia gemuk dan dia rasa dia tak cantik, tolong laaaaa...tolongg, jangan la setuju! Tolong la cakap itu semua karut marut walaupun korang rasa itu betul.
5. Untuk lebih selamat, tanda kalendar so korang tau bila dia PMS tu. Makna nya you guys can see it coming so bleh prepare.
6. banyak cengkadak plak nak banyak banyak. korang pikir la sendiri!!

OK, all of these might not work for every women out there jadi sila la guna method trial and error. Hell, Hubs tau apa yang dia patut buat after 4 years fo dating, 2 years of marriage and a son later. So you guys go figure la.....


Excerpt from here : For the most part, in the 7 to 10 days before her period, PMS-inflicted women have been given license to run amok, and survival should be your main goal. While it might seem like she turns into a screaming banshee just to make your life hell, rest assured that it's no picnic for her either. (I couldn't agree more..)

Good luck everybody!

~~

10.53 a.m / 17 June 2009

Aku dah takde hiburan. Aku dah habis punggah archive beliau.

Now, mana aku nak pergi?? *buat buat tak nampak serahan tugas*

xxxx

Aku yang suicidal..

Sejak 2-3 hari lepas, aku datang kerja dengan muka monyok takde mood. Sumpah aku ingat hari ni hari Khamis sebab aku rasa macam lama gile dah duduk dalam ofis. Ok, sebelum korang bagi komen berunsur unsur "mentang mentang la nak berenti dah..." Bukan! Ia takde kaitan langsung dengan aku nak berenti ke hape. OK, ade kaitan sikit la. Tapi bukan macam tu kaitannya.

Aku kena buat serahan tugas. At least by early next week aku kena serahkan kat bos aku so dia boleh assign kat orang orang lain. Tapi seriyes aku malas gile nak buat. Tak tau la kenapa. Sampai satu part petang semalam aku rasa kalau aku teruskan jugak buat serahan tugas tu, aku jadik suicidal. Ha..Exaggerating tak aku?

Tapi seriyes. Itu la yang aku rasa. Aku nak gosip gosip ngan Gayah, dia takde gosip. Jenguk blogroll, semua orang pon tak hapdet blog. p/s : korang sume tak bleh di harap di saat aku memerlukan. Hmppph!!

Kemudian aku bog hopping dan aku jumpa dia ni. Dulu pun pernah sampai situ dah. Tapi aku tak suka. Aku labelkan dia dalam kelas kelas LELAKI poyo yang berblog untuk mencari teman tidur.

OK, Yaaaa, aku dah tau. Aku salah.

Dia tak mencari teman tidur. Lagipon Nenek dia dah pesan jangan tidur dengan lelaki bukan muhrim. Dia kelakar gile nak mampos sampai aku gelak kuar kuar air mata baca entry dia.

Dan..Dan..OK, dia POMPUAN.

Bila mula mula syak dia pompuan, hati kecil (kecilke?) aku ini macam tak nak percaya. Tapi part dia wax bulu kaki itu memang tak boleh belah la. Jantan mana yang sanggup wax bulu kaki?

Ok la..

ada, tapi itu dah bukan jantan namanyaaaaa kan??

Monday, June 15, 2009

Happy 11 Month!

Adam is officially 11 months today. Last weekend, we planned to bring him to the park. We hesitate at first because of the haze and all. But Thank God by 3pm it started to rain here. By 6pm the rain stopped, and Ipoh has never been so serene...

We went to Tmn DR. BTW, kalau orang Ipoh tak tau Taman DR kat mana, sila sula diri sendiri ehh!

There were not too many people at the park. Yay!! Si Adam walaupun mengantuk, obviously seemed very very excited. Ayah dan Pak Su Adam juga excited. Hokay lah, Ibu Adam juga over excited tengok swing banyak banyak dan unoccupied. Tapi agak malu nak naik bila melihat 2/3 swing dah putus talinya. Kang putus yang keempat, ade yang terus lari menyorok dalam bonet kereta kang..

Agaknya sebab penat, Adam slept all the way from 7pm to 8 am the next morning. Hamek ko!! Memang penant sangat la kiranya tu..Bangun sekejap kol 11 tu pun sebab nak memerut. Susu pun mintak sambil pejam mata jek. Dah ala ala orang baru lepas kawin excited main 7-8 round semalam penatnyaaa kannn?? (motips bercakap lucah tetiba nih?)

Adam sekarang dah slim sikit. Walapun pipi masih tembun. AND that boy, he loves loves loves to dance. Tak tau la kenan siapa...*jeling Tai* dan juga masih sangat berkenan dengan lampu neon *jeling orang kat Abu Dhabi*

He understands few words already. I would ask him where's bird? and he would put up his hand towards the sky. The other day I asked him where's bird during dinner at a restaurant. He didn't put up his hand instead he looked at me with a very puzzled face as if to tell me "Ibu...kat kedai sini ade bird ke??"

I would tell him to "cabut puting" and he will gave me his pacifier.

I would lay a piece of cloth on my head as if I'm wearing a tudung and tell him "Ibu nak pergi dahh" just to get his attention and and he will just giggle. Tapi cuba kalau aku pakai tudung betul betul, lawa lawa, laju je dia datang. Tak payah dipanggil panggil pon...

Cerdik, cerdik buah peliooo orang Perak cakap....

Friday, June 12, 2009

Happy Weekend!!

It is Friday already and since half of the people in the office sedang berchoti choti Malaysia, I pun jadinya takde mood nak buat kerja. Nak jugak justify act ko kan...cakap je la ko malas kan senang?

Ingat tak konsert Search I cakap ari tu, kat KL dah ada date. Phewwittt.. Kiranya last concert in the tour la nih. 1 August dekat Bukit Kiara. I dah reiki reiki tiketnya, rasa rasa nak bercampur dengan mat mat rock kental berdiri depan stage, it would be RM 88. Kalau dok belakang, RM58. Tapi itu tak menarik sangat....yang LEBIH MENARIK ADALAH.....*drum roll*

It happen that sponsor ade buat package with the tickets!! Pergi konsert dengan Search *Pengsan* daaaannnn dinner after konsert dengan Search..*Pengsan*

I wanted to plan things with Gayah. But knowing US, benda benda yang selalu kitaorang plan macam nak rak la selalu tak jadi. Macam masa muda muda dulu plan nak gi clubbing sakan nieh, dah siap dress to kill, make - up tebal 4 inci sumer, tetiba rasa malas so sudahnya semua terbongkang tido je kat umah (with the make up & dress gitu sampai pagi). Macam baru baru ni jugak la plan sakan nak ber-road trip, cancel jugak akhirnya dengan pelbagai bagai alasannn... SO nak gi konsert Search ni, tak mo plan!!

Ingat tu Gayah!!

TAKMO PLAN PAPE!!

Wednesday, June 10, 2009

Hot Blistering Me

Aku seorang kah yang berasa panas sepanjang minggu atau semua orang pun rasa benda yang sama?

Last weekend kan iolzs cakap ade wedding kat kampung Hub, by 2.30 Iolzs dah rasa macam nak membugilkan diri di khalayak ramai ok. Adam jangan cerita, memang dah separuh bogel. Tinggal seluar je + diapers je. Baju dah hilang ke mana.

Itu kat kampung yang banyak pokok dan tumbuhan hijau gittuew.. Kat KL ke, Penang ke, mesti macam kat sauna dah kan? Tapi THE only thing yang mampu membuatkan I tak menyinga dan berjaya kontrol cun di tengah panas terik hari tu ialah apabila 3 (YES!! TIGA) orang umat menyatakan I nampak kurus SKET hari tu.

Terpaksa la I sengih sengih kerang busuk, tersipu sipu malu mengalahkan pengantin pompuan sampai petang kan walaupun by 3 I dan rasa macam separuh lemak tepu mencair kat bawah khemah pengantin tu...

Well, off to another story. I sudah decide. And it is not about the moolah anymore. I know I need a new working environment after 5 years stuck in the very same routine so a new environment it will be. So bye bye you slow F*&*$@# PC!!! Motif nak maki PC tetiba ni?

Lagi pun, I percaya rezeki tu ade di mana mana especially untuk anak anak...yang penting berusaha kannn?? DAN Kepada umat umat Ipoh yang menuduh I durhaka, janganlah Uolzss risau. Walaupun I dok kat Uganda satu hari nanti, our Crown Prince akan senantiasa di hati I sampai bila bilaaaaa.........*takde kaitan kann, I tau.*

Aktelli, I can't stop myself thinking about the amount of work I'll be leaving behind, lebih kurangnya macam I lari dari tanggungjawab I la gittuew. But macam kata Hub, kalau dok la pikir macam tu, sampai bila la I akan stuck kat sini..keje memang takkan habis...SO I will do it sampai la I boleh buat...Lepas tu pandai pandai korang laaa yer.....

Anyway, I don't have much in my mind right now. Adam is fast approcahing 11 months and is MUCH MUCH MORE naughty. Yesterday I caught him mencampak campak kan baju yang telah dilipat dari dalam bakul ke atas lantai. Tak cukup dengan tu, dipijaknya pulak baju baju tu. Dalam hati I, "Sabau je la....kecikkkk je Aku nampak budak ni!"

I decided to let him be and tengok je. Later, baru la Iolzss perasan apa yang dia nak buat. Dia nak amik penutup botol susu dia yang dah jatuh dalam bakul tu ghupanya. Dia tarik sehelai, pijak kain tu then dia seluk dalam bakul. Tak dapat. Tarik lagi selai, pijak, seluk. Ade la dekat lima kali dia buat macam tu.

Baru Iolzss sedar dia dah besar ghupanya....dan...Isk....dan .... iolzss makin tuaaa

*sentap*

Tuesday, June 02, 2009

Farewell..

I submitted the resignation letter yesterday. I hope they will not make counter-offer or anything. Hati terasa berat nak meninggalkan negeri tersayang tapi I know this is the decision I have to make.

xxxx

Just now Boss 1 said he's gonna make a counter offer which left me speechless. Alhamdulillah. I feel appreciated.

But I hate it when I have to choose.

*pulls hair*