Friday, February 27, 2009

Diaper Cake From Hell

Me : Ok ke? Cantik tak?

Hubby : Ok la tu.....

ME : Orang bukan tanya ok...orang tanya cantik ke tak?

Hubby : herm...ok la tu...boleh la...

ME : Dah....cantik ke tak?

Hubby : Cantik..cantik.......

ME : Kalau benda macam ni ada jual, you nak .......................

.
..
...
....
.....

Dia jawab "TAK NAK" lagi cepat dari aku habiskan ayat aku "nak beli tak?"

Hahahahaha...pundets btol..
Tapi aku tak kecik hati..aku mengaku, memang tak lawa mana pon. Tapi ini ikhlas aku buat untuk dia taw.....Since she didn't read my blog, I think it is ok to post this diaper cake here...
I present to you guys, a diaper cake from hell....LOL....

Wednesday, February 25, 2009

R for Rabu

Hari Rabu - dah tengah tengah minggu..haruslah HAPPY!!

A good friend from college days had given birth last Monday. Setelah penat mengeluh kesah bersama Cik Kiah mengadu dah tak larat nak bawak perut, Alhamdulillah, selamat jugak kawan aku si perempuan yang tak berapa perempuan itu. Dapat pun anak perempuan.

Aku tak tengok lagi baby dia. Tapi sebab aku takde anak perempuan (lagi)..maka haruslah semua baby gurl dia dunia ini memang cantik dan comel dan sweet dan demure..dah yang sewaktu dengannya lah! So to my good friend DIB, selamat berjaga malam!! huhu..

I'm planning to make one diaper cake for her. Agak agak kejung tak tangan aku nanti? KALAU JADI diaper cake tu nanti, boleh la aku berlagak kat sini ya. Kalau takde gambar, jangan lah sape sape tanyer supaya aku tak sentap...

Tiba tiba aku teringat jejaman muda kat Skudai. Hari tu sembang ngan AX, katanya ingat tak zaman kita lepak kat Projet sampai Subuh? Memang sengal zaman itu.

Sampai sekarang aku pelik, apa yang kitaorang buat kat projet tu almost every weekend. Takkan sembang sembang sampai Subuh kot? Mustahil sangat. Sebenarnya time tu baru balik clubbing. Tapi kenapa tak terus balik rumah? Sebab AX dia duduk kat kolej. Kolej tu plak by 12 dah tak boleh masuk. Jadi aku sebagai kawan yang baik dan mulia nih teman la diorang lepak kat Projet sampai Subuh. Gile..I know!!

Ha..jangan ko nak membuat muka keji...KO pun terlibat sama eih...

----------------------------------------------

This morning, I had realized that my definition of romantic dah berubah. Bukan lagi a bouquet of roses, bukan lagi dia menyanyi nyanyi lagu cinta tak tentu hala untuk aku, bukan lagi sebentuk rantai berlian. However, I would still be glad to receive the latter for my coming birthday, thank you!

Tadi, at 4.30 a.m aku terjaga sebab Adam panjat panjat belakang badan aku. As soon as aku nak menoleh, Hubby dah angkat Adam dan aku dengar dia cakap kat Adam "Uih..jangan kacau Ibu. Ibu nak tidur. Meh ayah basuh punggung Adam."

Adam merebas at 4.30 in the morning? Adeh...Tapi aku terus gak tido dengan gaya bebas sampai pukul 6.30...

Romantic to me is actually those petty little things that he did for me yang sometimes aku tak perasan pon. Macam tu la, dia bagi aku tido sementara dia jagaAdam. Bila dia basuh baju bila dia tau aku takde mood nak buat. Pada sesetengah orang mungkin takde ape ape, tapi pada aku itu genuine acts dia untuk aku. So apa lagi yang lebih romantik dari genuine acts?

Sebelum sesiapa muntah hijau, kita tukar topik ya?

I would like to present my list of happiness for today...

I am thankful that I actually have a decent work for a living. Walaupun aku selalu merungut dalam hati dan kadang kadang menyumpah menyebut babi, aku gembira di sini. Well, maybe it is time for me to REALLY find a new job. PERIOD.

I am happy that I am healthy. Kadang kadang ade selsema yang membuatkan aku rasa macam nak cabut hidung aku, but hey, I'm still alive and kicking. Sudah tentu aku sangat bersyukur.

I am very happy that Adam is healthy. Enuff said.

I am vey happy having 2 old women yang tak suka keluar rumah as Adam caregiver instead of perempuan lain yang mungkin akan tinggalkan Adam dan pergi enjoy enjoy ke mana mana ikut suka diorang lepas tu tinggalkan Adam dengan tah sape sape. Mintak simpang!

I am thankful that I got friends yang bermacam macam. I learn from them. A lot.

I am thankful that I Hubby orangnya sangat peramah. Kalau dia pun mulut berat macam aku, sahih sahih la kami jadi pasangan paling anti sosial in our neighbourhood.


p/s : I detest parents who use headband for their gugurl which sometimes will leave some sort of indentions on her head. Kan sakit anak ko tu? Tapi dah nama anak KO kan..so lantak ko la. Kang aku cakap muncung plak kang..

Monday, February 23, 2009

Sometimes I Think Too Much

Since I have had SATC the movie DVD mith me last month, I've been watching it for a few times already. But I know that is like sooooo far away for to compete with some people yang dah ulang ulang DVD tu sampai nipis. *jeling Gayah*

Thehehehe..

Of course my fav character would still be the sexy sex kitten Samantha. She’s funny in a way. Of course most men would die to have a woman like Samantha in their arms, no? Tapi kalau dah ‘mati’, Samantha pun tak pandang kan? Hiks..

Somehow, I found myself to be a lil bit similar to Miranda. Mostly part suka ego mengamuk tak tentu hala (i'm trying to be a better person now ok) dan part suka decide on things ketika hati tengah panas. As in the sexual department, how in the world can somebody be happy without sexual intercourse for effing 6 months???? Gile apa? Seriously, I know I can’t …..

Ok..back to the story. Miranda left Steve because he confessed to her of sleeping with another woman. Watching that movie, aku rasa tindakan Miranda agak keterlaluan. Tapi kalau aku dalam tempat Miranda, aku juga akan mengamuk sakan. Dan mungkin juga akan membakar orang atau mengerat as in cut into pieces benda benda sulit orang. Matila another hobbit case!!And I am not talking about JRR Tolkien here yer..

Tapi point aku ialah, macam mana aku boleh ada 2 view yang berlainan altogether?

Kesimpulan aku : view kita jadi different kerana
Satu…..bila kita tengok benda tu jadi pada orang lain…
Kedua….bila benda tu pulak jadi kat kita.

Nasty huh?

This entry from supermummy telah membuatkan saya terpinga pinga. Well, I always have my back up plan. But that doesn’t mean I don’t love my Husband, no? Yes, we have to accept that life constantly change and people too, sometimes too much for us to consume. And that's why you see a lot of separation and divorces even after years of blissful life together..

But first thing first, you married women out there, kalau lah suami anda cheating di belakang anda, you want to know about it or not? Kalau aku, aku nak tahu..
Ape keputusan aku, itu belakang kira.

Tapi rasanya keputusan yg agak drastic lah…kan??

Anyway as always, I love to put my energy too much on unnecessary things. Sometimes I think too much.But then last night view before I finally doze off put me somewhere between heaven and earth.....

Hubby hugging Adam *singing and swaying to Kau Lah Segalanya while looking smiling at me..

p/s : and he's not the romantic guy...

*p/s : while watching mystar LG

Friday, February 20, 2009

A lil update on Lil Adam

Kehadapan Auntie Luna,

Yesterday my mom told me that I actually started to walk when I was 9 months. At that moment aku nampak Hubby jeling aku sambil mulut terkumat kamit cakap hoh..patut la kuat merayap..

Hahaha..Pundets btol...

Anywaysss, ayat itu keluar bila my mom tengok Adam dan boleh berdiri dengan berpaut pada benda benda sekeliling namely myself, his dad, kerusi, meja even the family's cat. Sangat sedih tengok misai kucing itu ditarik dengan kejam semata mata Adam nak berdiri. Padahal Adam tu, merangkak pun tak berapa lancar lagi. Sangatlah perasan hendak berjalan..isk..

Standard la bila dah perasan tu, jatuh terlentang sekali, jatuh terduduk beberapa kali. tersungkur banyak kali. Jantung Ibu dia nih macam nak jatuh pun banyak kali dah tengok dia macam tu.....

I told Adam that you will be visiting next month or maybe we'll visit you, one way or another. Seperti biasa..takde reaksi. Asyik sibuk menshred kertas untuk di gigit. So I shall tell you this, if he refuse to smile or even look at you, janganlah berkecil hati. He does that with everybody. He still loves you dan jangan lupa wasiatkan harta ko yang melambak itu pada Adam occay..

But if you manage to make him smile or gelak terkekeh kekeh, you're born a clown!! *ayat dengki*

Sentap!!

Thursday, February 19, 2009

Tensi lah

Aku sukaaaaaa sangat dengan sudoku dan selalu bercita cita nak masuk competiton..tapi agak gementar..lagipun banyak competiton soduku buat kat kl. Dah la kena pergi kl pulak.

Tapi smalam ade jumpa kuiz sudoku online, bleh print je form dia kat website peh tu submit...tapi kena jawab soalan la pulak. sebab ada soalan sampingan kat bawah table Soduku tu..

DAH, mana aku nak tau asal nama negeri Johor tu dari apa?? Aku yakin ORANG Johor pun tak tau kan? KAN? *jeling Gayah*

Sape sape ade jawapan??

Tuesday, February 17, 2009

Jangan Baca

Semalam adalah aktiviti tidak dirancang. Kami bertiga bangun lambat. Selepas siapkan Adam dan hantar Adam ke rumah caregiver aku balik rumah to check on Hubby. read : to kiss him goodbye. it's a habit...

Adeh!! Tengah terbongkang lagi. Aku kejut dia..katanya dia cuti. Aik...ini sudah lebih! Tak bagitau pun kat aku dia cuti? Alkisahnya, cuti ad hoc..tuih!! Tak larat nak bukak mata la tu.

Setelah menghasut lebih kurang 5 minit setengah, aku dah tukar persalinan dari baju pejabat ke baju di rumah. Dia memang penghasut yang besar. Senang je dia pancing aku. Petang nih jom kita tengok wayang. Itu je janji dia.

SO about 2.55 , kami dah ade di TGV Jusco pegang pegang tangan. Benjamin Button dah pun mula 10 minit lepas. Ah..pedulik hape. Selalu kalau masuk panggung, 10 minit mula tu dia tayang iklan je apa. Aku paksa je la jugak dia beli tiket BB.

Ok..aku admit cerita Benjamin Button ni agak lembab. Tapi aku sangatlah suka. Mungkin perlukan sedikit pemikiran yang mendalam sebab terlalu banyak yang tersirat dalam cerita ni...mak aih..bahasa aku! Menangis Cikgu Razali kalau baca nih..

BEING ME, part hujung tu aku ada menitiskan air mata sedikit. Tapi tak dapat dikesan oleh sesiapa. Sudahnya tak pasal pasal abis je cerita tu terus rindu ya amat dengan Adam..Takde kaitan. Aku tau.

My favourite dialogue from the moview was when a old lady commented that baby benjamin look very much like her late husband....funny!

But the most memorable quotes must be from Captain Mike yang bermuka ganas tapi baik hati ittuew. You can be as mad as a mad dog at the way things went. You could swear, curse the fates, but when it comes to the end, you have to let go.....

p/s : Bila aku baca je macam ni, macam takde rasa ape ape. Tapi kalau dengar sendiri in that movie, aku rasa ia agak menusuk jiwa.....

Friday, February 13, 2009

I heart Ipoh

Sebelum aku bermula, ingin aku dedahkan di sini bahawa juga aku terasa nak termuntah dengan motto hidup aku di dalam entry yang sebelum ini.

Bak kata GIB : Budus!!! sangat BUKAN ko la noks..

Haih....dia memang bermulut manis tapi manis yang berbaur puaka..


Well, a lil bit about my love and hate relationships with Ipoh. It never occur in my mind that I will actually fell in love with Ipoh. Walaupun berasal dari Ipoh, aku tak lah dibesarkan sepenuhnya di sini. Kebanyakan masa kehidupan remaja aku *muntah hijau* diluangkan di dalam estet di Teluk Intan, kemudian di Skudai yang masa masa aku lebih banyak dibazirkan kat Bandar JB dari kat Skudai sebenarnya..kemudian Selangor & KL..lepas tu baru la rezeki aku pulang semula ke Ipoh...

*mana pulak aku dengar terngiang ngiang lagu 4u2c nih?? Budusss*

Mula mula dulu memang lah agak kebosanan pekan Ipoh ini. Actually sampai sekarang aku tak biasa lagi panggil BANDAR Ipoh. Pekan suits it better lah! Apa je yang ada?

Well, few years after moving back to Ipoh, you can say that I really fall in love head over heels with Ipoh...What so special in Ipoh you might ask? Kalau nak pergi vacation pun, mesti la nak tempat best best kan? Ipoh takde beaches macam Bali. Takde kebun bunga ros macam Cmeron Highland dan takde kasino lima bintang macam Genting. But trust me, it is very special in its own class..

What is not special? I would say, Ipoh provides peacefulness, and of course good food...

If you ever decide to come to Ipoh, try this :

Gua Tempurung for some serenity... (haruslah stamina pun kuat..korang ingat senang nak panjat panjat dalam gua tu)

Gunung Lang for some sense of belonging...

FMS for those who need to chill out...

Kellie's Castle for romantic souls out there...

Also check Ipoh's lime stone caves..it will remind you to take things slowly in life..

And of course good food is everywhere in Ipoh. Yang paling muhibbah is New Hollywood. Ask about it. People will know.

Actually there's many many many other interesting places here in Ipoh. Come with an open heart and empty stomach and you'll fall in love immediately

:-)

Thursday, February 12, 2009

I realized....

that I'm below average when I found out about my best friends ambition di kala mereka muda muda..

He wrote this dalam kad 001 masa darjah satu..

Cita Cita : I dont wanna work, I want to marry a rich person.

She on the other hand told this to her tok bak...

"Nak kerja kat kelab malam"

Huh..AND I just want to be a doctor..That left me where??

*sigh*

Aku patut didik Adam menjadi materialistik dari sekarang lagi....

Friday, February 06, 2009

Larut (Me = Banshee)

"It's some ungodly hour in the morning, your little darling isn't hungry, they're not wet, they're not ill and they're perfectly warm, but still they're wailing like a banshee - sound familiar?" - askbaby.com

I found myself giggling reading that sentence. You see, I am having this so-called problem lately. Sometimes it felt that it was ME who are wailing like a banshee instead of Adam because he will just smile at me and sometimes, giggle . Macam.....happynya dapat torture ibu macam nih.....

Last weekend was spent mostly at her house. We took the train from Ipoh and arrive at KL Sentral 3 hours later. Aku yang miang nak naik keretapi. Lagi pun boleh rest sikit. Tak la penat drive kan...The trip was so-so la.Aku imagine seat dalam keretapi tu besar dan luas macam dalam bas VVIP..Siap berangan nak angkut stroller masuk dalam keretapi ni. Nasib baik dibantah sekeras kerasnya oleh Hubby dengan alasan malas nak jinjing naik turun tangga KL Sentral. Betul jugak tu..Lagi pun bukan nak pergi mana sangat..Kitaorang lepak lepak kat rumah tengok Grammy's sambil kejar Adam je....

---------------

Masuk cerita lain. Sejak dari pagi tadi Bos tak masuk ofis..busy agaknya. Dengar cerita..MB baru Perak tak duduk kat S.U.K.. Beralah la alkisahnyaaa...sebab MB lama nak jugak duduk kat ofis dia yang dah kosong dekat S.U.K tu....Agak tebal kan muka beliau? I used to have some respect for this rookie MB tapi sekarang.....APAKAH perangai kebudak budakkan ko itu???

Selalu bila dah kalah dengan permainan yang kita cipta sendiri, budak budak je yang melolong melalak terlebih kan??. If you're a man, you will accept defeat and try again..no? Jadi boleh tak ko menjadi gentleman? Aku akan lebih hormat ko kalau ko berkelakuan sedemikian...dan bukan seperti sekarang ini...

----------------

Untuk menghiburkan diri sendiri di pagi Selasa yang rasa macam ISNIN ni...aku buat tag nih. Saje suka suka, walaupun takde sape tag aku. Aku rasa ini adalah tag paling kelakar aku jumpa setakat ini. Sape sape rajin sila la buat dan inform aku...aku dah lama tak bergelak ketawa sampai keluar air mata...dan oh ye..Aku baca tag nih kat chics.

  1. Put your music on shuffle.
  2. For each question, press the next button to get your answer.
  3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS
  4. NO CHEATING!
  5. Tag others.



IF SOMEONE SAYS “IS THIS OKAY” YOU SAY?
Kasih tak Kesampaian – Nancy Sinatra

*tiba tiba je kasih tak kesampaian..ko dah kenapa?

WHAT WOULD BEST DESCRIBE YOUR PERSONALITY?
Seroja – Search

*hahah..bodow la.

HOW DO YOU FEEL TODAY?
All the Way – Craig David

*??

WHAT IS YOUR MOTTO?
Gadis Melayu – Jamal Abdillah

*hahahhahahaha..bodow 78x..macam mana la boleh kuar lagu nih pulak..babi btol..haip! haip! sape gelak aku tampo aaa!!

WHAT IS YOUR LIFE’S PURPOSE?
Tangga-Tangga Ke Pintu Bahagia - Alleycats

*hehehe..

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
I Don’t Wanna Miss A Thing - Aerosmith

*huh? i don't wanna miss juicy gossip kah?

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Berhenti Berharap – SO7

*ade betul jugak la yang ini

WHAT IS 2+2?
Love Love Love – James Blunt

*theheheheh..foursome kah??

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Hadapi Dengan Senyuman - Dewa

*kawan aku memang banyak ragam..thehehehe..

WHAT DO YOU THINK OF THE PERSON YOU LIKE?
Rise and Fall – Craig David & Sting

*Uh oh..I am obviously thinking about Hubby here...

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Isabella - Search

*muntah*

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Where Do I Begin – Andy WIlliams

*hahah...banyak sangat cita cita tak tau mana nak mula...

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
S.O.S - Abba

*gulp*

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Kisah Kau Dan Aku - Alleycats

*perlukah Alleycats jugak?

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
One Last Dance – Craig David

*it's about time...

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
Doa Buat Kekasih – Abang Ramli & Kak Kathy


WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Lips – Kimya Dawson

*I've done something naughty with my lips.. :-)

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Kenangan Lalu - Flybaits

WHAT’S THE WORST THING THAT COULD HAPPEN?
Azura - Jamal

WHAT MAKES YOU CRY?
Daddy’s Gone - Glasvegas

*terkedu*

WHAT MAKES YOU LAUGH?
Empayarmu – Hujan

*apa nih?? sape letak lagu Hujan dalam list aku nih??

WHAT IS THE ONE THING YOU REGRET?
Bila Aku Sudah Tiada – Hujan

*Hujan lagik?? Biar betul?

HOW WILL YOU DIE?
Betapa – SO7

WILL YOU EVER GET MARRIED?
Bisa - Search

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Istimewa - Innuendo

*betul ke Ma?? *kelip kelip mata*

DOES ANYONE LIKE YOU?
Boat Song – The Miserable Rich

*sampai part nih aku rasa miserable sangat sebab buat tag nih..

WHAT SCARES YOU THE MOST?
Chasing Pavements - Adele

*ada betulnya...

IF YOU COULD GO BACK IN TIME, WHAT WOULD YOU CHANGE?
Gimme Gimme Gimme - ABBA

*tak faham*

WHAT WOULD YOU SAY, WHEN YOU MEET YOUR BOSS?
Your Love Alone Is Not Enough - Manic Street Preachers

*dasar materialistik*

WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Larut –Dewa

Thursday, February 05, 2009

FISH!!

5.06 pm

I am suppose on my way home right now. I found it hard to drag my llazy bum out of the office. I heard that all top leaders from Pakatan are presently in a meeting MB's official residence. And some supporters had gathered outside the residence for some mass gathering kot....

AND for me to reach home, I would have to exactly lalu depan kawasan rumah MB....

Bolehkan bayangkan kesesakannya nanti??

AND, yes, I am not good at figuring new route........

Pening Lalat

By now, rasanya satu Malaysia dah tahu apa yang jadi kat Perak. Selain dari perasaan meluat aku pada orang lompat lompat nih,

Satu benda je aku nak cakap : "AKU PENING!!"

Walaupun petang semalam aku agak 'excited' menunggu update ke-6 mengenai berita ini di The Star Online, bila sampai ke rumah aku dah rasa lemah lutut. Mula mula fikir pasal pertukaran bos (kalau kerajaan Perak bertukar tangan), pertukaran polisi (bila bos berganti ganti in less than a year), kerja - kerja yang belum setel dengan current bos dan payment kontraktor yang belum selesai...

Ada kemungkinan bos baru akan scrap off semua idea current boss. Ade kemungkinan dia tak mau proceed bayar current contractor. Ade kemungkinan polisi tukar ikut suka hati dia...Iskh!!

Gila!! Ni la akibat dia kalau keje berkait rapat dengan Kerajaan Negeri.....

Agak agak ade keje kosong tak kat Kelantan?

Wednesday, February 04, 2009

The Cheeky Monkey..

Khas untuk Tai yang rindu sangat kat Adam...

Adam is fast approaching 7 months. Time really flies. I thought it is going to be forever until he can walk and run away from me. But now, it really looks that gonna happen pretty soon.

He is crawling now. Not to laju..but rather slow and silent too. Tapi diam diam tu, tau tau je dah makan buku la, makan handbag ibu la, jilat almari la….

Yesterday, he crawls to his favourite hideout, near the plastic drawer. I usually just let him be. Because I am very confident that nothing can harm him there. He loves touching the surface with his fingers as it makes certain sounds. Left him with Hubby to make myself a drink. Then I heard him cry. Adam la, not Hubs.. :-)

A very loud cry which either mean he is in pain or he is just shocked. I rushed to the room, and Adam is already in Hubs hand.

“Apsal apsal?”

Hubby sengih je. Ooo..kalau part dia tinggal ngan anak peh tu anak nangis, dia sengih. Cuba kalau aku tadi…mau kena bebel seround la jugak sebab tak tengok Adam betul betul.…

"Dia geselkan muka dia kat plastik tu... Kat bawah pemegang tu kan macam kasar sikit.”

Huk aloh….sengal btol Adam. Ayah Adam pun sama sengal. Sabau je la..

But I notice something, sejak lepas hidung dia bercalar tu sampai la malam tadi, dia tak pergi langsung tak dekat almari tu. Kalau tak, asal lepas dia merangkak je dia mesti ke situ.

Dah takut agaknya…hihihihi..

As for now, this is what I can think of Adam..

  1. Sukaaaa sangat dengan diaper. Bukan suka pakai tapi suka pegang, suka tarik tarik dan gigit sampai koyak. Nasib baik takde gigi lagi. Pantang letak diaper tepi dia..cepat je tangan dia akan grab.
  2. Suka makan jari kaki. Which I think biasa la kan budak budak.
  3. Pandai crawl to the nearest person yang tengah berdiri / berjalan lepas tu peluk kaki orang tu. Nak suruh angkat dia..
  4. Pandai panjat badan orang kalau orang tu baring dekat dia, macam dah boleh berdiri sangat.
  5. Suka main dengan ribbon…uh ohh… Mostly dia akan cuba masukkan ribbon tu dalam mulut dia..
  6. Dah tak setembam dulu… :-(
  7. Sangat manis mukanya KALAU tersenyum...tapi dah dapat gene ibu kan..SUSAH sangat nak senyum...Hmpphh..



owh..lagi satu..Kalau tak dapat jari kaki, dia makan kasut..

Monday, February 02, 2009

Weekend Mood

I'm still in my weekend mood. Standard la kan..hari Isnin.

But I believe it is a good day la today. Why? Because I started my day today with no red light AT ALL. I always believe that if I didnt stuck at the traffic light, ..(dan Ipoh memang banyak traffic ligths) yang mana semua lampu akan automatik bertukar hijau once I am approaching, I would be very lucky that day. Jadi haruskah membeli nombor ekor 4d special draw pada hari ini? :-)

Last Saturday was spent at a futsal arena. Hubby telah di import menjadi striker yang mana dia telah mewakili the company I am currently working for.. HAHAHAHAHA..Pemain import veteran alkisahnya...

I arrived after their 2nd match. Berkobar kobar ni nak tengok sambil kendong Adam. Tengok je kat scoreboard, HAMPEH!! 2-2 game kalah...0-6, 0-4..APAKAH??? 3rd game..KALAH jugak..tapi ade la jaringan dari striker import sebnyak satu gol. Tak payah la aku bagitau keputusan game seterusnya kan?? Kalah ke memang, sama je..BUNGKUS jugak..

Terus balik rumah lepas tu. Adam dah mengantuk lepas terjerit jerit tengok orang main bola. Macam la faham sangat. Hub and the team treat themselves with kari kepala ikan di restoran Salim. Wah..itu kalah tu. Kalau menang, tak tau la aku! Memang manja pemain pemain bola Malaysia nih...

Sunday was spent lazying around the house.

Kemudian pergi kenduri kawin. Aku mewakili rombongan pengantin lelaki. Kitaorang jalan kaki je pergi rumah pengantin pompuan. Takde tol, takde duit minyak. Senang. Kalau balik raya pun tak kisah, takde gaduh gaduh. Tak sampai 200 meter jauh kedudukan rumah masing masing.

Kenapa aku tak kawin ngan orang sebelah rumah je dulu?

Lepas tu tido terbongkang di ruang tamu seramai 3 beranak.

What a nice weekend..........

Adam at 6 months