Thursday, November 27, 2008

They Makes My Day..

Pakcik Gemuk Adam (Shin Chan) & Adam

Yes.. they makes my day!!

tapi kadang kadang menghuru harakan jugak.........


p/s : Entry khas untuk IRA of thinkmuchspeaklittlewriteless ...Nyah, Sekarang uolzsss jugak boleh kagum dengan iolszz sebab iolzss taruk gambo!!

Calon Simpanan

Adam is 4 months and a half now. Very active, makin tembam dan bulat. The last time we checked, he’s 8.3 kg. It’s hard carrying him sambil nak maintain cun nowadays. Confirm tudung senget tak pon butang baju terbukak (owh..Itu sebab bahagian badan sendiri yang membuak muak..tak boleh salahkan Adam yang tak reti dok diam).. hik..hik..

But I must say, I am a very lucky first time mother. Adam does not cry much (yet!). Even if he wakes up in the middle of the night, and there’s nobody around, he will keep himself amused by playing with his fingers and blanket and try to lie on his stomach. Then he will get really hungry (or maybe bored). Then only he will cry out, loudly……

My nights are less stressful nowadays. I notice that Hubby gave up his night out with friends, voluntarily (sumpah aku tak membebel kat dia), or at least until Adam is asleep, just to be with Adam. Hubs will prepare the milk, play with him, and put him to bed. He even volunteer to change the diapers, each time.

So that leave me with plenty of time to rest and watch TV kan? Not really. I’m back at cooking dinner and adding new chores in the list, that is doing laundry at night. Now that we have Adam, we can’t really procrastinate doing laundry at weekends. I will have to change my T-shirt at least twice at night because of the spewed milk from Adam. That little guy is really a spewer. Sometimes he will spew on my blouse when I'm giving him kisses before going out to work. He will then gurgled with satisfaction. Sometimes I think he did that on purpose.

So by weekends, I would have the biggest pile of laundry ever and it would takes forever to do it.

Owh..remember “the interview" where everything was all fucked up? I didn’t get the job. Not surprising at all for me. I did very badly.

But they put me as Calon Simpanan. Boley gittuew?

Friday, November 21, 2008

Entry Mengikis Muka - Part 2

Sebenarnya takde pun part 1, tapi sebab aku suka istilah yang Smurfette guna tu, aku jadikanlah yang ini part 2.

Smalam aku bagitau Hubbs aku nak berenti kerja. Rasa macam dah takde satisfaction buat kerja yang aku dambakan sejak dari sekolah menengah ni. Rasa macam dah lost. Rasa macam dah boring. And I wanted to start my own business but not anything that got to do with construction please. During the years, I tend to accept that it is not for me anymore....

So perbincangan itu pun bermula. Dan diakhiri dengan dialog ini ..

"Ye la.. I tengok you kerja lama situ pun macam tak berkembang jek. Bontot ngan hidung kembang ada lah!!"

Dan aku gelak..Sampai nya hati laki aku!!!

Tapi dia memang macam tu. Mamat straight to the point. Especially dengan orang orang yang rapat dengan dia.

Kalau dia rasa aku dressing macam badut tengah meroyan, selamba je dia sound "Hamende yang you pakai ni?"

Ataupun dia tengok muka aku penyet semacam, dia akan tanya "Tak mandi pagi eih?"

Agak agak ade bau kurang menyenangkan sikit, dia akan cakap itu angkara aku...Sungguh tidak sopan. Kalau dah tau angkara aku, senyap senyap je tak boleh???

Haih...

Laki aku memang benyot. Sejak dari zaman berdating dulu lagi. SO aku dah faham sangat. Kalau jenis jenis yang agak cepat terasa (lelaki atau perempuan) agak kureng sesuai nak dekat dekat dengan dia. Silap silap ade yang akan menangis sambil mengikis muka atau bontot dengan pisau. Dalam kes aku, mungkin aku akan mengikis hidung.

Ari tu lepas bergurau sikit sebanyak, aku sound dia "Keje nak mengote je kan???"

Nak tau ape dia sound balik??

"Dah you tu keje apa??? ________________ je ?"

I leave it blank for your wild guessing.............. Tapi kesannya agak ketara. Aku terus berjalan dengan gaya terkepit kepit ala Oshin......

Wednesday, November 19, 2008

Kosong

*Hitam adalah warna yang agak men-depress-kan diri*

Tuesday, November 18, 2008

Exercise Tengahari Selasa

Aku berjaya menyelesaikan misi mengangkut duit syiling ke bank tengahari tadi. Bukan sikit sikit yer duit siling tu. Ade la dalam beratus ratus keping. Sebab jumlahnya semua 400++. Itu semua duit pakcik gemuk kepada Adam. a.k.a Shin Chan. Tapi bukan dia yang simpan pon…dia sibuk je lebih...Orang lain yang tolong penuhkan tabung unta dia tu ade la...Dia kerja nya tukang penuhkan poket mamak kedai depan rumah tu je la...

Kire sudah agak bermuscle lah jugak lengan ni angkut beg penuh duit syiling tadi dari kereta ke bank. Lagi berat dari Adam ni anggarannya. Tapi haram ade orang nak tolong bukakkan pintu dah nampak aku terkial kial tadi. Sabo je la Saodah oi..Ye, aku memang penyabo oragnya..

Mentang mentang la ponggong aku leper, harap boobs je besar, korang pandang sebelah mata je ya. Takpe takpe...

Nak kira duit syiling tu je dekat 45 minit. Tapi salah sendiri la. Kalau aku komplen, mau agaknya amoi kat kaunter tu sound aku. "Lu ingat wa suka kaaa kila lu punya syiling manyak manyak ini macam??"

Dah kesimpulannya aku jadi hangen.

Jadinya Aku berenti kat kedai kek yang famous seberang jalan tu.

Pergi JAHANAM diet kejadah semua. Aku tak peduli. Ko tak tau aku tengah hangen ni???

I'm craving for a brownie with vanilla ice cream on top....

And that is my lunch today.

Sekian.


p/s : kepada hamba Allah yang tolong kutipkan Surat Nikah (kedua - dua salinan) , Acc Statement & gambar Adam dalam perut masa scan dulu, peh tu tolong kepitkan kat wiper kereta, TERIMA KASIH BANYAK2. Kalau tak, mampos 44 hari 44 malam I kena bambu uolzss. Agaknya jatuh masa aku terkial kial nak keluar dari kereta dengan beg seberat sauh tu.

Dan, ya, aku masih seclumsy dulu....

Monday, November 17, 2008

Horror In the Office & Shin Chan

Last week, sekelumit pun tak sempat nak ber-online.

First - STREAMYX was so unefficient, we didn't get our Internet service for the whole week - even after the umpteenth report made to them...Seriyes macam bangkai!!

Second - my room in the office was renovated so I don't have my table, my pc even my chair for 2 days since Thursday last week. Tapi I masih gigih datang bekerja uolzs...

So hari Isnin patutnya renovation dah habis..…Ni datang dengan semangat berkobar kobar untuk membuat kerja ni (dan bergosip dengan Cik Smurfette) only to my complete horror.. Bersepahnya bilik. Berhabuk. Kotor. Adoih....

Sedih occaysss!! Nasib baik la my transsexual office cleaner (she's my source of office gossips as well) bersusah payah tolong mengemas. It took me almost an hour. Itu tak termasuk mengemop.

Bangkai punyer orang....buat keje tak tau nak kemas balik. Aku tak buat payment korang, baru tau....

Anyway..a little hapdet on big little Adam,

- dah pandai buat muka sebik kalau orang marah...tapi tak menangis..sebik je.

- suka sembang sorang bila bangun tido. Orang tak layan pun dia bantai bersembang jugak.

- dah pandai cranky bila mengantuk. Tapi sekejap je cranky-nya, dapat susu terus lena.

- pandai memberi respond yang sangat cepat pada muzik. (Bukan mummy banyak bacakan surah Yusuf ke masa ko dalam perut dulu ha budakkk???)

- dah pandai angkat kaki dan tangan bila dia nampak moi or Hubby bersiap. Perasan orang nak bawak dia la kot....

Our weekends was spend with wedding, wedding and wedding. Agak seronok walau pun penat.....

*my mom just called to tell me that they are on their way to my aunt's house with Adam. Memang la manja dan semakin gedik budak gemuk yang sorang itu..tiap tiap hari berjalan je kejenyaaa*

Sambung balik.

Penat bukan sebab apa, pack and unpack barang Adam..kadang sampai 2 beg. Bakul susu tu confirm la satu. Dah..takkan nak MENYELAK BAJU di tengah orang ramai??? Itu sudah satu kelucahan occay uolzs...Sungguh tidak sopan...Tapi ape cerita pulak aku menyelak di KLIA ari tu?? Depan kaunter check in lagi. Heheh..Tapi itu cerita lain. ...

Diapers lagi.. Baju nak salin?? Towel?? Mak ngan bapak Adam pun takde macam tu ....

Ntah kenapa aku asyik teringat the day I got married. Sebab sekarang musim orang kenduri kahwin kot. Tak pon sebab aku ternampak gelagat sorang budak pompuan yang nak menikah minggu depan excited beli baju tidur sexy hari tu. Sungguh over excited sampai satu department tu tau ko nak beli lingerie yaaaa....Sabar dik...sabar...Takkan lari...erkk...dick dikejar?? heheh..

Uh oh..aku tak buat perkara macam tu. I bought mine online, it’s racier… *grin* (sebenarnya saiz tak berapa nak ada kat shopping complex biasa....)

What I remembered most bout that day was how Shin Chan cried and couldn’t let my hands go because he thought his new brother in law gonna take me away, for good. Later, I learnt he behave that way because one of his friends told him that. He believes everything his friends tell him.

Few months after I got married, he confronts me with THE question;

“KENAPA PERUT KAK LONG TAK BESAR BESAR NIH???”

I was like… “what???”

“Semua orang kawin perut dia besar la..lepas tu ada baby. Orang tau la, kawan orang cakap. Cikgu tadika orang pun macam tu. Kak long punyer perut apsal tak besar besar???”

Sungguh mencabar keperempuanan aku……

And there’s another thing about curios of what is his sister doing in the bedroom with her husband. I don’t know what his friends tell him but he kept knocking the door and asking “kak long buat apa tu?” each time….

Agak musykil kan??

Nakalnya macam budak 8 tahun yang lain. Baju sekolah kotor, kasut sekolah dah bertukar warna lebam on first day at school, itu semua perkara biasa. Malas mengaji. Malas buat kerja sekolah. Itu pun dia jugak. Tukang repair basikal. Tukang bergaduh dengan kak ngah dia. Tukang buat selerak kat rumah, itu pun dia jugak..

Tapi….

Last week my mother fell sick. Sakit yang agak teruk sebenarnya. Dalam seminggu jugak la demam tak kebah kebah.

On the second day, Shin Chan bangun awal dari biasa. Aku tengok dia duduk je kat beranda. Tak la sibuk2 mandi nak pergi sekolah ke apa. So aku tanya la kenapa…

“Mama sakit tu lama ke kak long?”

“Kenapa??” aku sebagai kakaknya memang agak bangang….

“Susah la mama asyik sakit je, hari tu pun Mama sakit. Baru je baik, sakit lagi. Nanti jadi Macam Opah tak boleh bangun”

Rasa nak sebak jugak sebenarnya dengar dia cakap macam tu.

“takde..nanti mama makan ubat, dia baik la. Dah gi mandi. GI sekolah”

Aku nampak dia bangun….dia kesat kesat mata…pas tu baru dia mengadap aku, baru dia ambik tuala gi mandi.

Uh oh….emosional jugak adik aku sorang nih…tapi malu kalau orang tau…heheheh…

Mama cakap hari tu dia tak keluar main langsung.

Dia duduk je dekat mama.

Apa mama suruh semua dia buat.

Tak lawan cakap langsung nih….

Tapi …….

hari tu je lah…..Esoknya, still the same old Shin Chan……

Haih...

Tuesday, November 04, 2008

Motips?

Ini dah masuk hari kedua...
dan aku rasa macam semakin runsing bekerja di pejabat yang berteraskan politik ni...
Aku tak kisah apa pon yang korang nak buat
tapi

Apa motif korang letak suratkhabar HA.RA.KAH kat tempat suratkhabar pejabat nih???


Tak cukup lagi Harian yang kurang berasas yang satu itu??

Monday, November 03, 2008

What a Wonderful (and Tiring) Weekend

We arrived at Smurfette's house around 11 jumaat malam tu. Adam was wide awake once we were in the house but he refuse to smile or even look at Smurfette...Tapi tak lama lepas tu, dia mula bersembang dengan langsir, kipas dan kerusi di rumah Smurfette..Kire boleh ngam la tu...Setel 1 masalah...

We just sleep like a log the whole night.

The party started the next day at around 5.30pm. Acai and family memang sangat punctual. They were our first guest. Lama jugak diaorang stay, walaupun malam tu ada event lain. Terima kasih daun keladi....Dan untuk semua yang hadir, thanks a lot you guys. Kalau korang cakap Mee Udang tu sedap sebab Smurfette yang masak, gerenti ada lagi makan makan lepas nih. Heheheh...

Tetamu yang paling tak dijangka malam tu ialah Si Cowboy Uder. Sampai menjerit jerit la Smurfette bila Uder tipon tanyer direction ke rumah. Owh..mereka memang ade perhubungan sulit yang agak "istimewa"....

Lucy couldn't make it... Moga semuanya ok ya Lucy...

Atan pun ada hal....balik rumah mak mertua ya??

Hellbug kesayangan saya pun tak dapat datang. Ade selection bola sepak katanya.... Nanti aku belikan bola sepakkkk untuk ko yer?!!

Malamnya, around 11 aku dah pengsan dengan Adam..Hubby, Uder, Smurfette dan Jaz serta yang lain lain masih gigih bermain daun terup dan menonton cerekarama.. CEREKARAMA??? ...Ok..ade sedikit masalah di situ..

Kehadiran tak lah ramai seperti yang dijangka..tapi seronok. Jumpa kawan2 yang dah lama giler tak jumpa..Hellbug...ko tak termasuk di dalam senarai!!!

Lagi sekali, terima kasih for those who can make it. Pada yang tak boleh datang, nanti tahun depan kita jumpa ya!!!

p/s : Easeart, aku tak tipu. memang betul gambar pakai hotpants tak jadi. sama ada flash tak cukup atau pun kamera tu sendiri tak sanggup..heh..and Hubby tanyer pasal lu, "Easeart tak datang?" Saya cakap, nanti dia datang pakai hotpants..gerenti tak bleh miss...lagi pon peha dia gebu...